Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t.
Hari ini adalah hari yang di tunggu-tunggu oleh kami batch 1997. Debaran yang sekian lama dirasai semakin bertambah-tambah rasanya. Tepat pukul 10 pagi keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah dikeluarkan. Tahniah kepada yang berjaya cemerlang lagi terbilang. Saya tumpang gembira :')
Ada yang bertanya pada saya, '' apa perasaan anda bila nak ambil result SPM ni? ''.
Jawapan saya? haha tipu lah kalau saya kata saya tak ada rasa berdebar-debar dalam hati ni.. Nak kurangkan rasa debaran ni senang sahaja. Motivasikan diri ni. Macam mana tu? haha caranya mintalah ibu atau orang-orang yang rapat dgn kita bagi motivasi sikit pada kita. Supaya kita lebih berlapang dada dan yakin pada ketentuan Allah.
Mak kata, dalam hidup ni kita kena banyak-banyak bersyukur dan redha.
That's the 'main' key.
Kalau dapat straight A's, bersyukur banyak-banyak. Kalau tak dapat tu jangan putus asa. Perjalanan masih jauh. Banyak lagi cabaran yang bakal kita tempuhi.
So wake up! Jangan rasa terlalu 'down' dengan result yang kita dapat tu.
Rezeki Allah ada dimana-mana.
Ada hikmahnya kenapa Allah bagi kita result yg bukan yg kita harapkan..
Bersangka baik lah dengan Allah.
Mungkin result yang kita dapat tu lebih mendekatkan diri kita pada Allah..
Jauh dari penyakit-penyakit hati seperti riak dan sebagainya.. Who knows right?
Mungkin result yang kita dapat tu lebih mendekatkan diri kita pada Allah..
Jauh dari penyakit-penyakit hati seperti riak dan sebagainya.. Who knows right?
Allah mengenali kita lebih daripada kita mengenali diri kita sendiri..
Ada masa graf hidup kita menaik dan ada masa menurun.
Masa menaik kita syukur, masa menurun pun kita kena syukur.
Ada masa graf hidup kita menaik dan ada masa menurun.
Masa menaik kita syukur, masa menurun pun kita kena syukur.
Akhir kata daripada saya, sentiasa lah bersangka baik. Kita sama-sama berubah menjadi yang lebih baik. In Shaa Allah. Peringatan ini untuk diri saya sendiri juga.
Saya juga manusia biasa seperti anda semua. Tak pernah lepas dari melakukan kesilapan.
Wallahua'lam
p/s : '' Satu kesilapan orang zaman sekarang ialah merasakan bahawa keputusan SPM tu lah yang menentukan kehidupan kita akan datang.. Akhi dan akhowat sekalian, remember! Hanya Allah sahaja yang berhak menentukan kehidupan kita. Bukan SPM Ok? ''
